1. Kerana seseorang yang dara juga boleh menjangkiti STD.


Hanya kerana pasangan anda tidak pernah melakukan hubungan seks tidak bermakna mereka tidak boleh menghidap penyakit kelamin. Sesetengah STD boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit. Penyakit kelamin yang lain pula, seperti herpes oral, yang mungkin disebabkan oleh hubungan sesama anggota keluarga. Sebilangan besar orang dengan “cold sores” boleh mendapatkannya dari saudara mereka semasa kecil.


2. Tidak Ada Yang Menyangka Pasangan Mereka Telah Curang.


Orang yang sudah berkahwin, dan mereka yang mempunyai hubungan komitmen lain, sering mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan ujian STD, kerana mereka berada dalam hubungan yang monogami. Ramai orang yang menghidap penyakit kelamin, tidak tahu bahawa mereka dijangkiti. Pemeriksaan sebelum hubungan intim bermula dapat memberitahu semua orang yang terlibat tentang status mereka dan membantu mengelakkan tuduhan menipu yang tidak berasas.


3. Kerana ianya Tidak Terlambat untuk Bermain Selamat.


Sebilangan orang tidak peduli untuk diuji untuk penyakit kelamin ketika mereka menjalin hubungan kerana mereka telah melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, dan mereka menganggap bahawa jika mereka ada penyakit kelamin, mereka sudah memilikinya. Jadi, kenapa perlu untuk menjalani pemeriksaan lagi?
Mengapa perlu risau untuk mencegah sesuatu tsesuatu yang sudah terlambat. Tetapi ianya tidaklah terlambat untuk diuji atau mula melakukan hubungan seks yang lebih selamat. Ia tidak seperti STD disebarkan setiap kali orang yang dijangkiti melakukan hubungan seks.


4. Kerana Risau Lebih Menakutkan Daripada Mengetahui.


Memang tidak dapat kita menafikan bahawa didiagnosis menghidap penyakit kelamin tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, ianya lebih bermafaat jika anda mengetahui status anda daripada senantiasa risau mengenainya kerana apabila anda mengetahui jika anda menjangkiti penyakit kalamin, ianya boleh dirawat. Di samping itu, STD tertentu, seperti HIV lebih mudah dirawat ketika mereka didiagnos lebih awal.


5. Kerana Anda Menghormati Diri Anda dan Pasangan Seks Anda.


Alasan terbaik untuk diuji untuk STD adalah untuk membantu anda untuk memperolehi perbualan terbuka dan jujur dengan pasangan seks mengenai risiko STD dan dapat melakukan seks yang selamat
Anda tidak dapat menentukan sama ada seseorang mempunyai penyakit kelamin hanya dengan melihatnya atau berdasarkan apa yang mereka lakukan. Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang berlaku adalah dengan menjalani ujian STD. Ia mungkin tidak 100 peratus pada masa itu, tetapi jauh lebih tepat daripada bergantung kepada dugaan atau andaian.



Jika anda ingin mendapatkan pemeriksaan penyakt kelamin STD, hubungi kami di::

Cawangan PoliKlinik MUC :
Bukit Bintang (011-5172-7890)
Jalan Reko, Kajang (016-270-0943)
Labu, Negeri Sembilan (010-231-7322)

STD Test