Bagaimana Covid 19 memberi kesan terhadap kamu?


COVID-19 mempengaruhi setiap orang dengan cara yang berbeza. Mereka yang telah dijangkiti oleh Covid-19 telah dilaporkan untuk mengalami simptom-simptom yang ringan sehinggalah kronik.


SIMPTOM


Simptom terawal mungkin muncul 2-14 hari selepas terdedah kepada virus Covid-19 di mana mereka mungkin mempunyai COVID-19.
Demam atau menggigil
Batuk
Kesesakan nafas
Kelesuan
Sakit otot atau badan
Sakit kepala
Kehilangan deria rasa atau bau
Sakit tekak
Selsema atau hidung tersumbat
Rasa Mual atau muntah
Cirit-birit


UJIAN:



• Anda boleh melakukan ujian COVID-19 RTK Swab Antigen di klinik berhampiran anda. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sampel yang diperolehi melalui teknik kesatan pada bahagian hidung atau kerongkong. Ujian ini mempunyai kadar ketepatan sebanyak 95%. Ini adalah ujian yang disyorkan untuk pemeriksaan COVID oleh KKM. Keputusan boleh diperolehi dalam masa 15 minit.
• Di samping itu, anda juga boleh melakukan ujian COVID-19 PCR Swab. Ini adalah ujian standard emas dari segi ketepatan dan 2 sampel swab akan diambil iaitu satu melalui hidung, dan satu lagi adalah sampel kahak pesakit di kerongkong (saluran orofaring) Keputusan ujian ini mengambil masa 24 jam-36 jam dari saat pengambilan sampel.


TANDA AMARAN:


Kenal pasti tanda-tanda amaran COVID-19. Sekiranya seseorang menunjukkan tanda-tanda ini, segeralah dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan menghubungi 999:
Masalah bernafas
Kesakitan atau tekanan yang berterusan di dada
Kekeliruan baru
Ketidakupayaan untuk bangun atau berjaga
Kulit, bibir, atau kuku berwarna pucat, kelabu, atau biru (bergantung pada warna kulit)


PENCEGAHAN:


Cara terbaik untuk mencegah penyakit adalah dengan tidak terdedah kepada virus ini. Ketahui bagaimana COVID-19 merebak dan amalkan kelakuan berikut untuk membantu mencegah penyebaran penyakit ini.
Untuk membantu mencegah penyebaran COVID-19:
• Dapatkan vaksin COVID-19 apabila ia tersedia untuk anda
• Pakai pelitupmuka untuk melindungi diri anda dan orang lain dan menghentikan penyebaran COVID-19.
• Amalkan penjarakkan social sekurang-kurangnya 6 kaki (kira-kira 2 lengan) dari orang lain yang tidak tinggal bersama anda.
• Elakkan tempat orang ramai dan ruang yang tertutup. Semakin banyak orang yang bergaul bersama, semakin besar kemungkinan anda terdedah kepada COVID-19.
• Bersihkan tangan anda dengan kerap menggunakan sabun dan air selama 20 saat atau pensanitasi tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol
• Elakkan hubungan rapat dengan orang yang sakit.
• Tutup batuk atau bersin dengan tisu, kemudian buang tisu ke tong sampah.
• Bersihkan dan nyah kuman objek dan permukaan yang sering disentuh setiap hari.
• Pantau kesihatan anda setiap hari.



COVID Swab Test



Schedule to do COVID-19 RTK Test, now at our clinics:

PoliKlinik MUC Branches:
Bukit Bintang : (011-5172-7890)
Jalan Reko, Kajang : (016-270-0943)
Labu, Negeri Sembilan : (010-231-7322)